Forum Pemasaran Internet | Pendapatan Internet  

Go Back   Forum Pemasaran Internet | Pendapatan Internet > Kategori Umum > Perbincangan Umum > Agama

JomBorak!  [Archives]
Empty the chat input field
Loading ...

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
Old 06-03-2009, 04:41 AM   #1 (permalink)
Member
 
Kudin's Avatar
 
Join Date: Oct 2008
Posts: 40
Thanks: 0
Thanked 20 Times in 15 Posts
Rep Power: 0 Kudin is on a distinguished road
Default Antara Tasawuf dan Falsafah

Salam sejahtera kepada tuan Admin dan tidak lupa juga buat warga JB.COM yang di hormati.

Setelah dapat diperhatikan bersama serba sedikit tentang halČ yang berkaitan Ilmu Usulluddin dan Usul Feqah, kini tibalah masanya kita perhatikan pula perkara yang menjurus kepada Ihsan, semoga Allah limpahi anda dan saya dengan nur taufiq dan hidayahnya.

Terlebihdahulu kita perhatikan bersama apakah perbezaan antara Tasawuf dan Falsafah.

Falsafah


Walau pun akal itu adalah antara harta yang paling berharga buat manusia, namun apabila akal itu tidak menepati ciri-ciri Iman Islam dan Ihsan maka akan tunduklah akal tersebut kepada nafsu.

Apabila perkara itu berlaku, maka maksud ayat dari Al-Quran dan sunnah yang di ketengahkan oleh individu tersebut, akan lebih menjurus kepada kehebatan diri mereka sendiri dalam hal menangani permasaalahan semasa.

bersambung!!!!
__________________
About adsense
Kudin is offline   Reply With Quote
The Following User Says Thank You to Kudin For This Useful Post:
zumedusa (04-07-2009)
Old 04-07-2009, 07:25 AM   #2 (permalink)
Member
 
Kudin's Avatar
 
Join Date: Oct 2008
Posts: 40
Thanks: 0
Thanked 20 Times in 15 Posts
Rep Power: 0 Kudin is on a distinguished road
Smile

Asalamualaikum, tuan pengendali yang di hormati, begitu juga buat keseluruhan warga JB, semoga kita semua diberkati Allah dari dunia hingga akhirat nanti.

Kerana kesebokan dalam hal mencari rezeki di bumi Allah ini, maka topik Antara Tasawuf dan Falsafah telah terhenti sekian lama. InsyaAllah akan saya coretkan beberapa perkara yang penting dalam masa yang terdekat ini, agar dapat kita perhatikan bersama tentang topik yang dimaksudkan, semoga kita semua beroleh petunjuk dari Allah s.w.t

Ilmu Falsafah tuhan dan ketuhanan (sambungan)


Walau pun akal itu adalah antara harta yang paling berharga buat manusia, namun apabila akal itu tidak menepati ciri-ciri Iman Islam dan Ihsan maka akan tunduklah akal tersebut kepada nafsu.

Apabila perkara itu berlaku, maka maksud ayat dari Al-Quran dan sunnah yang di ketengahkan oleh individu tersebut, akan lebih menjurus kepada kehebatan diri mereka sendiri dalam hal menangani permasaalahan semasa.

Ilmu Usulluddin adalah antara ilmu yang telah di ketegorikan di dalam ilmu falsafah tuhan dan ketuhanan, sehingga ada pihak yang telah mengkelasifikasikan ianya ada ilmu mantik atau ilmu falsafah yang berasaskan fahaman orang Yunan kuno.

Pada saya, apabila seseorang itu menuntut Ilmu feqah, Ilmu Usuludin dan Ilmu Tasawuf yang menjurus kepada tunduk akal pada nafsu, maka ianya akan terjebak ke dalam ilmu falsafah semata-mata.

Ilmu Feqah
Kemuncak kepada ilmu feqah dalam bab ibadat adalah hukum-hukum seperti. Rukun, Syarat sah dan Batal, Wajib, Halal, Haram, Sunat, Mubah. Sepertimana yang kita semua ketahui hukum-hukum tersebut adalah dari muafakat ulamak yang bersumberkan al Quran dan Sunnah.

Apabila seorang Islam mengatakan tidak wajib sembahyang, disertakanya hujah dari quran dan sunnah yang menyokong kepada perbuatanya yang telah mengingkari "hukum wajib" .

Dan apabila setiap hujahnya itu di terima pakai oleh orang-orang Islam yang tertentu. Maka inilah yang dimaksudkan Ilmu feqah yang sepatutnya berdasarkan hukum dari Ijmak Ulamak telah di selewengkan kearah Ilmu falsafah yang menjurus kepada akal yang telah tunduk kepada nafsu.

bersambung......
__________________
About adsense

Last edited by Kudin; 04-07-2009 at 07:29 AM.
Kudin is offline   Reply With Quote
Old 05-07-2009, 08:34 AM   #3 (permalink)
Member
 
Kudin's Avatar
 
Join Date: Oct 2008
Posts: 40
Thanks: 0
Thanked 20 Times in 15 Posts
Rep Power: 0 Kudin is on a distinguished road
Default

Kebanyakan ahli ilmu sependapat membenarkan, kemuncak kepada ilmu feqah itu adalah makrifah yang menjurus kepada mengenal akan hukum yang telah di gariskan oleh ulamak terdahulu dan ulamak masa kini yang tidak di pengaruhi oleh akal yang telah tunduk pada nafsu.


Ilmu Aqidul Iman

Beriman kepada apa yang telah di gariskan di dalam rukun iman itu adalah wajid. Dan apabila seseorang itu telah sampai kepada kemuncak Ilmu Usuludin ini, maka dapatlah mereka membenarkan antara qadim(kekal) dan muhadas (binasa). Perkara yang di maksudkan itu juga tidak akan berlaku apabila telah tunduk akal pada nafsu.

Saya utarakan beberapa contoh untuk kita perhatikan bersama;

Qadim bermaksud kekal, saya percaya anda semua akan sependapat dengan saya apabila saya katakan," sifat ketuhanan itu kekal".

Maksud sifat ketuhanan adalah: Sifat yang hanya dimiliki oleh tuhan(Allah) sahaja

Al-QURAN
a. Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: b. "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". c. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
Al Kahfi:110

Apabila telah tunduk akal seseorang yang beriman itu pada wahyu, berarti hati mereka secara lansung telah dapat membenarkan maksud firman dari Allah s.w.t diatas;

a. Rasul itu adalah manusia biasa yang tidak memiliki sifat ketuhanan, antaranya adalah sifat Qudrat (kuasa)

Di dalam ilmu Usuludin yang berkaitan membenarkan sifat rasul, iaitu: "harus rasul itu bersifat seperti manusia biasa lawannya, harus rasul itu bersifat ketuhanan"

Harus rasul itu bersifat ketuhanan, menjurus kepada maksud.

b.Tidak ada sebarang bukti samada dari Al quran mahu pun hadis yang menunjukan bahawa setiap sifat ketuhanan itu berpunca dari selain pemilik tunggalnya iaitu Allah s.w.t.

b.Harus rasul itu bersifat ketuhanan juga bermaksud; segala sifat yang ada pada rasul itu adalah hak mutlak Allah s.w.t


Hadis


Sabda nabi s.a.w ; "Demi zat yang menguasai diri ku....."

c. Rasul yang bermula sejak dari nabi Adam a.h.s hinggalah Nabi Muhammad s.a.w telah menyeru manusia supaya jangan sesekali menyegutukan Allah.

Maksud sekutu di dalam topik ini, adalah; ada yang berkuasa selain Allah atau ada selain Allah yang memiliki salah satu dari sifat ketuhanan itu.
__________________
About adsense
Kudin is offline   Reply With Quote
Reply



Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On


All times are GMT +8. The time now is 08:07 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2010, Jelsoft Enterprises Ltd.
Hakcipta © 2008, JomBincang.com. Segala Hakcipta Terpelihara.