View Single Post
Old 21-05-2008, 10:55 AM   #9 (permalink)
jutacash
Junior Member
 
Join Date: May 2008
Posts: 14
Thanks: 1
Thanked 28 Times in 7 Posts
Rep Power: 0 jutacash is on a distinguished road
Default

Salam semua,

Saya sendiri pernah menghadiri preview yang dibuat oleh Pn Nora ni..Memang merosakkan industri perniagaan internet itu. Dia kononnya mengatakan bahawa peluang ini lebih diutamakan kepada org melayu bagi membantu org melayu.Tapi dari pemerhatian saya, dia menggunakan org melayu sendiri untuk menipu.Kerana apa? kerana orang melayu lebih mudah ditipu.Dia mengatakan dia adalah usahawan melayu yang genuine. Yang lain adalah menipu.Sebagai contoh, dia menjual package Payment gateway berharga RM5,000. Apa yang akan anda perolehi? satu laman web yang menggunakan perisian oscommerce+payment gateway yang disediakan oleh Netbuilder (jika x silap ). Setiap transaksi akan ditolak charge perkhidmatan dan pencairan duit ke akaun bank anda mengambil masa 7 hari bekerja.Dan rata-rata yang menghadiri preview itu adalah mereka yang tidak tau selok belok perniagaan internet.Antara beberapa soalan saya yang tidak dapat dijawab oleh penceramah :

1. Paypal telah menjadi payment gateway popular dan percuma..malah hanya mengambil 3 hari saja utk transfer ke debit card.Kenapa tidak menyarankan pelanggan menggunakan Paypal?

2. Jika menggunakan Paypal, boleh di gunakan seberapa bnyk website yang kita ada sebagai medium pembayaran. Kenapa payment gateway mereka hanya boleh digunakan di satu website sahaja?

3. Kenapa mereka tidak membenarkan pelanggan yang membeli payment gateway diberi CPANEL password?

4. Adakah hosting yang mereka sediakan selamat?

5. Bolehkah tunjukkan kepada bakal pembeli surat perjanjian antara MIRSB dan ISP (Celcom,Maxis atau Digi ) yang mengatakan bahawa pembayaran dari kuiz yang dibuat oleh pelanggan akan dibayar dalam masa dan ditetapkan sebagai JAMINAN?

6. Kenapa harus membayar RM50,000 bagi sistem Monsun? Apakah kelebihan sistem tersebut

Semua soalan diatas dijawab dengan - Ia bagi tujuan keselamatan.

So, adakah ia juga selamat bagi kita sebagai pengguna?

jutacash is offline   Reply With Quote
The Following 2 Users Say Thank You to jutacash For This Useful Post:
copernicus (05-07-2008), Razif (23-06-2008)