Saya pernah mendapat email keluhan mengenai mangsa yang terpengaruh dengan monsun biz ni. Kata beliau, perlu modal yang banyak untuk berjaya. Bayangkan kos iklan kat paper seminggu dah berapa..lepas tu hanya 10 orang yg download iklan sms dia tu. 10 X RM1 (bahagi dua dgn ISP) = RM10 sahaja. Modal iklan pun tak balik.
Lepas tu nak dapat payment dari ISP makan masa 2 bulan.
Belum kira modal beli lot kredit dari monsun, minima RM5 ribu. Lepas tu modal menghadiri seminar lagi dari Kelantan ke KL + sewa hotel+minyak+tol .
Kira-kira mamat tu dah kerugian hampir RM10,000.
Itu belum yang masuk RM50,000 tu... kiranya monsun ni scam secara terhormat.
|