Pihak JomBincang ingin membuka peluang kepada anda semua untuk mengisi beberapa kekosongan tempat dalam jawatan Moderator.
Jadi kami akan sentiasa memantau ahli yang berkelayakan untuk dicalonkan sebagai moderator. Jadi apakah syaratnya?
- Anda haruslah memahami segenap undang-undang forum JomBincang.
- Berdedikasi dan ikhlas dalam membantu rakan-rakan yang lain.
- Tidak pernah meminta untuk dijadikan moderator. Konsepnya, "Don't ask. We will choose the best!"
- Mempunyai post sekurang-kurangnya 300 post yang berkualiti.
- Memahami segala fungsi forum
- Yang penting adalah aktif dalam membuat post yang berguna di dalam Forum.
- Buat kali pertama ni, kami ingin memilih mereka yang membuat post tentang review/edisi siasat tentang sesuatu program (samada bagus atau scam) untuk bacaan umum di forum ini. Makin banyak anda mengulas tentang sesuatu program/system di Malaysia atau dunia ni, semakin tinggi peluang anda untuk menjadi calon moderator.
- Jadi berusahalah dari sekarang untuk menjadi yang terbaik, kerana hanya yang terbaik dari anda akan dipilih!