Baiklah, Nabieel..
Saya tak berniat nak menang atau apa..just nak share sikit experience
yang tak seberapa + dah lama tak menulis panjang di JB ni..
Buku terbaik yang saya pernah baca adalah buku Rahsia Jutawan Internet
Terbongkar dari Irfan Khairi. Mungkin 'Rich Dad Poor Dad' adalah yang terbagus
tapi Rahsia Jutawan Internet Terbongkar ni ada sikit special berbanding
buku-buku lain atau ebook-ebook yang lain yang saya baca..
Kalau nak tahu, kalau tak ada buku tu, rasanya saya tak mungkin sedang
menulis disini dan tak tahu langsung tentang perniagaan internet. Lagi satu
value tentang buku tu, masa saya beli buku tu, saya hanya ada sedikit saja
duit masa tu dan sifat ingin tahu yang membuak-buak dalam diri ni
membuatkan saya keluarkan duit yang tak seberapa untuk ambil tahu
tentang perniagaan internet.
Alhamdulillah, langkah pertama saya membeli buku tersebut, kini saya
dahpun terjun dalam bidang perniagaan internet dan tak mungkin
akan keluar..
Idola pula.. mestila penulis buku tersebut, sapa lagi kalau bukan IK.
Oh, sangat jeles tengok dia dapat jutawan masa dia umur 25..
Sedangkan Lee Chong Wei pun tak dapat2 jadi jutawan walau berlatih
siang malam dan dah tinggal selangkah je lagi..(frust tengok badminton
tak habis lagi ni..

)
Tentang pendapatan, saya takmau cerita kat sini. Tentang pengalaman,
cara mendapatkan pendapatan tersebut, saya ada muatkan dalam
ebook
Rahsia Newbie yang tak lama lagi keluar..
ps: saya rasa ini adalah sumbangan saya untuk rakan2 newbie dan saya
ulas ni pasal buku dan bukan ebook..rasanya dah batal kot..hehe
pps: saya cadangkan Nabieel longgarkan sikit syarat untuk join contest ni.
Cuba kaji semula prosedur dan selainnya. Orang zaman sekarang tak suka
susah-susahkan diri,walaupun ada hadiah lumayan..
ppps: semoga berjaya!!
-AmmarZahar